Aloe Vera

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).
Sebuah majalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidapkurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.
No comments:
Post a Comment